Tuesday, October 21, 2008

Cerita Hantu Itm Sabah (Spirit of the coin)

Kisah ni terjadi sewaktu aku masih menuntut kat Itm sabah suatu masa dahulu..

Ceritanya begini,pd waktu mlm aku lebih suka lepak kat bilik member Blok B(aku ni budak gym,asrama kita orang kat bawah bukit).Tengah boring2 tu adalah satu member ni bagi idea nak buat spirit2 of the coin.Aku masa tu memang tidak percaya dgn 'spirit mirit' ni.Kita panggil jak member ni Bayau.Menurut Bayau,beliau mmg mahir ttg cara2 memanggil roh.Asal diseru saja..mesti jadi(roh tu datang).Aku dan 2 orang member lagi try la 'pengalaman' baru ni.Sekeping kertas putih yg telah ditulis nombor ngan huruf beserta syiling 50 sen.Menurut Bayau,utk menyeru roh..ia memerlukan kerjasama semua peserta(kami la tu)..dengan menyumbang jari telunjuk masing2 dan diletakkan ke atas duit syiling tersebut.Bayau turut memberi amaran,semasa proses 'penyeruan' berlaku..tidak boleh sesiapapun antara kami mengangkat jari telunjuk masing2 sebelum menghantar balik roh itu pulang(home).Untuk mendapat lebih 'feel' kami menutup suis lampu bilik dan menggunakan sebatang lilin.Bayau pun menyeru semangat duit syiling,dlm beberapa saat shj aku dpt merasakan duit itu bergerak sedikit demi sedikit.Bayau pun bercakap2 ngan semangat duit tu"Adakah kamu ada disni".Tiba2 syiling itu bergerak kearah YES(bermakna roh tu adala).Aku memandang wajah Bayau,ni mesti dia nak mainkan kami ni.Aku 'suspek' Bayau sengaja mengerakkan duit syiling itu bertujuan nak menakut2kan kami.Menurut Bayau,dia tidak mengerakkan sedikit pun duit syiling tersebut.Aku masih berasa sangsi dgn 'lakonan' Bayau ni..tapi kami teruskan juga aktiviti kami pd malam itu.Banyak jgla soalan yg 'merapu' kami tanya sbgi cth: siapa antara kami memakai seluar dalam warna merah,siapa nama moyang kawan aku yg baru meninggal dunia dan byk lagi la..dan yg menghairankan semua jawapan tu betul(kalau aku minta no.loteri mlm tu..korang rasa kena tak?)tp yg aku ingat satu jwpn ni.. dia(roh yg datang)ni sorang lelaki dan mangsa bunuh.Yela tu.. aku ckp dlm hati.bijak gak Bayau ni nak menakut2kan kami.Walaupun aku dpt merasakan Bayau berlakon utk menakut2kan kami..tp ntah mengapa, tidak semena2 bulu roma meremang secara tiba2.Aku cuba berlagak tenang,mana mungkin roh ni betul2 ada..ni mesti Bayau punya kerja.untuk menutup belang penipuan si Bayau aku bagi beberapa soalan lagi.."spirit of the coin ,adakah anda masih lagi berada disini"aku bagi soalan...sedikit demi sedikit ia bergerak kearah YES(bermaksud adala tu).Aku bagi lagi soalan"Spirit2 of the coin,sekarang anda berada dekat siapa?"sedikit demi sedikit duit itu bergerak ke huruf J..nama kami semua bermula dengan huruf L,B,S dan J..manakala J merupakan huruf pertama utk nama aku.Sambil merenung wajah Bayau aku menyumpah2 beliau didlm hati..celaka punya Bayau berani dia cuba menakut2kan aku yg sedia takut ni.Dia ingat dia lagi bijak..aku bagi lagi satu soalan"spirit2 of the coin,jika betul anda berada disini..cuba pergi buka(switch on) lampu.Lepas jak aku bagi soalan tu,tidak ada apa2 pun yg berlaku..aku dan 2 org member ketawa mcm org gila.Sorang member ni ckp,"mcm manalah roh tu cuba pasang lampu a..kan ka dia tu roh mana mungkin dia dapat tekan switch lampu mcm ni"sambil berlakon cuba menekan2 switch lampu.Kami mengatakan Bayau ngan roh yg datang ni penipu."Okla,kalau ya pun kita suruh la dulu ni roh balik"kata Bayau sedikit marah."spirit2 of the coin pulanglah kamu ke tempat asal"kata Bayau.Duit itu tidak bergerak langsung.Dia cuba lagi"spirit oh the coin..balik la ke tempat asal kamu."kata Bayau lagi...masih tidak bergerak.Aku dpt melihat wajah Bayau seperti panik dan takut.Ewah sempat lagi berlakon si Bayau ni.. aku ckp dlm hati.15 minit cam tue..duit tu masih tidak bergerak.Aku dan member lain dah hilang sabar..kami paksa duit tu bergerak kearah Home(bermaksud balik)"Hah!balik pun"kata sorang member ni..kemudian menarik jari masing2.Bayau terkejut dgn cara kami.Kenapa kamu paksa dan tarik jari sebelum dia betul2 pulang"Bayau memarahi kami."Ala aku tau la ko ni cuba menipu kami"salah sorang member aku memperli Bayau..sambil membuka suis lampu."Kan suda aku ckp jgn tarik sebelum roh tu betul2 mau pulang"Bayau masih dengan pendiriannya lagi.kami bertiga ketawa ngan si Bayau..sudah la kantoi..masih lagi cuba2 utk berlakon.Sudah la Bayau jgn cuba berlakon lagi"kata kawan aku yg satu lagi sambil membaling bantal kearah Bayau.Tiba2 'pap'...semua elektrik kawasan asrama terputus.Nah kan ni la ni kamu..tidak mendengar nasihat."Bayau berkata."Ala ini cuma kebetulan jak bah..apa mahu hairan"aku jawab balik.Tiba2 ada bunyi anjing menyalak dan melolong..betul2 diluar tingkap bilik kami.Aku fikir balik..takkanla ini pun secara kebetulan juga.Orang tua2 cakap jika anjing melolong cam tu,maknanya dia ternampak roh.Kami semua apa lagi lari keluarla dari bilik tue.

Keesokan harinya aku membawa Bayau turun ke Gym kat asrama kitaorang..kat gym aku tinggal kat dorm(penghuninya pun ramai).Aku rasa tidak puas hati pada mlm sebelumnya..jadik aku bawa Bayau kat dorm tuk tunjukkan cara2 spirit2 of the coin kat member2 aku yg lain.Malam itu ramai yg ikut serta..tapi yg dpt sentuh duit tu pun 5 orang dan yg lain cuma memerhati shj.Belum diseru..tiba2 pap! elektrik tempat kami terputus...ah mngkn kebetulan juga ni..aku ckp dlm hati.Tengah budak2 lain dah riuh rendah mencari torch light dan lilin..kami mendengar dengan jelas bunyi anjing melolong panjang dekat kawasan gym.Gila betul..Aku dah mengalaminya 2 kali.Sehingga sekarang aku masih memikirkan lagi peristiwa itu..adakah satu kebetulan atau memang betul(ada roh).

4 comments:

Anonymous said...

hye .sya ney pun dak uitm sabah jua..
always jak dngar cita2 antu yg bukan2..
rupa2nya korank larh punca 'sgala ssuatu' arhh? haha.

erysia said...

adeiii rupanya hantu2 tu datang dari kamu arr smpai skrng enda mau hilang2 tu antu sebab kamu enda hantar balik

Janz said...

hahaha..kalo ckp 2% tu sebab salah kami, aku ngaku la.yg lebih tue mmg dr dulu lgi benda tua ada.sbenarnya byk g crita hantu ni berlaku kat blog gym,tp tidak didedahkan.spt kerasukan,penampakan entiti dan bunyi2 yg seram.Oh ya,taim prep(klas mlm)ada member sakit kononnya nampak pocong,kecoh btul masa tue..skali aku tanya kpd mangsa(member aku jg)..tu cuma alasan tuk dia tidak dtg prep jer katanya..tdk pla dia tau sampai kes nie jadi kecoh.ada lagi real,klas mate perempuan aku,nampak sebiji mcm muka roommate dia dkat pintu tandas,yg waktu tue roomate dia mc duduk dlm klas..sian member aku tu nangis2 ketakutan.aku cuba jadi hero.escort bw balik member aku ni turun dr fasa akedemik ke asrama perempuan.yg cerita hampeh pun ada..waktu jd budak junior lu..ada la senior ni duduk kat depan fasa akademik sambil menegur budak2 junior yg dtg klas prep...naik ja kat atas klass ada lagi muka budak senior ni..mmg sebiji tul..rupa2nya senior ni ada kembar..bikin panas tul..

shelly said...

Silahkan di kunjungi ya kawan-kawan 100% Memuaskan
> Hoki anda ada di sini <
1 USER ID UNTUK SEMUA GAME
Kami memberi bukti bukan Janji
Daftar sekarang juga dan dapatkan bonus menarik dari kami :
-Bonus Depo Bola 50% (New Member)
-Bonus Cashback Bola 5% - 10%
-Bonus Depo Casino 3%
-Bonus Cashback Casino 5%
-Bonus Rollingan Casino 0.7%
-Bonus Depo Tangkas 5%
-Bonus Referal Bola 3% MenangKalah teman
-Bonus Referal Casino 1% MenangKalah teman

PROMO BONUS 5% LIVE CASINO
-SBOBET CASINO
-ION CASINO
-855 CASINO

Info lengkap hubungi live support custumer service 24 jam di :
PIN BBM : 7B2EC260
PIN BBM : D8796C4C
WHATSAAP : +66615620266
LINE : mgmcash88