Wednesday, September 10, 2008

Hantu ITM Sabah - Melati!!

Cerita hantu Itm Sabah | Cerita hantu Uitm Sabah

Salam Seram Misteri kepada pembaca budiman sekalian.Adakah anda percaya ttg benda2 ghaib ni..mmg susah kita nak caya selagi kita tak nmpk dgn mata sndiri.Tp dlm alQuran pun byk kali Allah sebut jin dan iblis dan mereka mmg ada d sekeliling kita.. kita mmg tak nampak dengan mata kasar.. Tentula ada sebab Allah hilangkan mereka dari pandangan kita...Sesungguhnya Allah sahaja Yang Mengetahui.

Seperti tajuk diatas, apa kena mengenanya Melati ngan cerita seram kali ini.Cerita Melati ini bukan lah kisah cinta..jauh skali kalau cerita cara memasak rendang ayam.Kalau nak tau.. Melati ni la sejak dahulu hinggala sekarang masih lg menjadi penghuni tetap d kawasan asrama ITM(uitm) sabah.Sebut sahaja Melati, rata2 penghuni asrama Uitm tau sapa Melati. Siapa yang tdk tau ni..mmg saja mau cari psal..

Menurut senior2 yang terdahulu..Melati ni merupakan roh pelajar perempuan yang telah membunuh diri dengan menggantung diri.Tp ada jg yg ckp,Melati memotong urat nadi ditangannya dan bersembunyi di dalam almari agar tidak diketahui oleh sesiapapun. Bermcm2 cerita yg diceritakn ttg cara Melati membunuh diri..tp realitinya..dia tetap mati dan menjadi roh yang menggangu setiap pelajar diasrama tersebut.

Selalunya..'dia' ini akan mengacau bila tibanya dkt time exam..ntahla mcm ada musim pla..Sewaktu aku masih menuntut dulu kat ITM(Uitm)..aku ada dgr, pelajar perempuan pernah tggl dkt blok B dan C.Tp sejak peristiwa histeria yg berlaku berulang kali, semua pelajar perempuan dipindahkan ke blok D,E dan F dan lelaki pula ke blok B dan C.Menurut pihak asrama pd waktu itu,pertukaran tempat perlu bagi mengelakkan peristiwa(histeria) berulang kembali..mrk yg 'bijak' ini beranggapan pelajar lelaki tidak mudah terkena histeria krn kuat semangat(ya la tu)

Waktu kami mula2 menetap dahulu, stiap tandas d blok B dan C tidak mempunyai cermin krn tlh dibuka oleh pihak asrama.Menurut mereka..ada pelajar lelaki ternampak bayangan perempuan melalui cermin tandas.Setelah diperiksa berulang kali..mereka tidak menemui seorang perempuan pun..so kita cuma akan nampak Melati melalui cermin.(ada cermin atau tiada..'dia' ttp ada dsitu)

Pernah ada bdk junior yg baru dtg,tinggl d blok B(satu blok asrama la).Apabila dceritakn ttg Melati ini..mrk dgn eksen(poyo) ketawa dan berkata kalau mereka nampak Melati nnti,diorang akan minta nombor ekor.Pagi keesokkan harinya, mrk berjumpa ngan kami..mereka kononnya tlh diganggu oleh Melati dan meminta sedikit nasihat.Kerana ada diantara mereka ditampar dan ada pula katil bergegar seolah2 ada orang sedang melompat diatas katil.Betul atau tidak cerita ini, hanya mereka sahaja yg tau..

8 comments:

Anita Tahir said...

ha ha ha Melati oh Melati... tapi zaman aku, Melati ni dikatakan bunuh diri kat Blok E, bilik 204. Bilik tu dikatakan dah bertahun-tahun "dikosongkan" tapi aku and the gang masuk bilik tu masa sem Jan 96 (our 2nd sem)sebab kitorang sebenarnya dah kena dismiss dari asrama (akibat first sem tak cukup cgpa.. hahaha!) dan bila dok merayu, dpt bilik tu. Masa kitorang tinggal sana, memang macam2 kejadian berlaku... yang paling "popular" kejadian hilang makanan walaupun almari dah lock. Hahaha.. Melati suka makan agaknya!

marionette.life.goes.wrong said...

Haha~ Melati jua la paling popular..
she's da gurrll :P
i heard from my friends dea ne suka pakai gelang kaki..
so tengah malam gitu siapa2 yg dgr org b'jln dgn bunyi loceng gtu, dea la tue kno..

doublexschi said...

eh di mana tu ah ? blok E ?? sy kliru laa skrg ( mau tau ja bah ).. lain2 nama blok kmi skrg ni.. Cluster A utk student diploma & Cluster B utk para senior ... so tu kat mna la skrg ah ? ( mcm berbaur pla rasa nak percaya ke tak ).. aduiiii.. baru2 ja pengambilan student sesi jun to nov 2012, blum sampai sebulan pun, time exam pun lama lg tp ada da yg kena ganggu ni .. ayamas..

rasiman rahman said...

hahahaha.. tahyul.. manada roh urang mati yg bekeliaran kat bumi.. adehh. tpengaruh crita hantu bha nie.. e2 jin la kwan q.. law bukan pun iblis yg mnyesatkan mnusia.. roh urg mati kat alam lain la.. mnjalani hukuman than...

Kira Kekuri said...

sem lalu, aku dengan kawan2 aku manda, eza, saburah, azmin, rais dan dut ronda-ronda asrama uitm..perghhh~ seram siot, walaupun kami naik asrama lama 2, trip2 team seekers kono kami. kami naik cari bilik yang kononnya ada kesan kena tampal2 ayat al quran, menurut cita si dut, ada 1 bilik yang selalu kena kacau2 melati. kerana takut, orang stay bilik tuh tampal2 banyak ayat2 quran di pintu. asrama lama kan tingkap dia di atas tuh papan dia berlubang2. sana lah kono diorang nampak melati intai2. lol. aku pun tidak tahu kebenaran cerita ni, tapi yang penting kami adalah jumpa macam tuh, sebelah tandas, blok cempaka. nice pulak asrama lama kan? ampaian di tingkat atas sekali. :D

Pawas Jiean said...

hha - ak ingin bertemu dgn kak melati ni . ak seorg pelajar UiTM Sabah . tp , ak xpernah lihat kelibatt ny . hmm :)

max gospel said...

Saya dengar melati ni suka menari tarian singa.

yinyin secrett said...

First week masuk asrama da kena ganggu T.T tu pun roomate blum masuk lgi..tngah mlm asyik dgr bunyi lonceng kaki..tapi lma2 da hilng benda tu, xkcau da.. but masa saya part 1 memang teruk sya kena kacau :/ smpai dgr ppuan mnangis tngah mlm..engtkn roomate nangis gduh ngan bf so biar je la..tnya esk pagi, rupanya xda sapa yg nangis mlm tu..tym exam pla, study smpai pkul 3.. sy dan roomate study kat katil tiba dgr brg dlm laci meja kena hmbur..mmng takut tpi bt xtw lgi bgus so bnda tu pun bosan nk kcau sebb kita xda perasaan..mmng btul ne smua..tpi kena kuatkn semangt je la..jgn lyan sgt benda tu..