Thursday, September 11, 2008

Ramadhan Aku Yang Terhampeh

Kisah ini benar2 terjadi satu ketika dahulu sewaktu menyambut bulan ramadhan. Cerita ini dibuat bukanlah bertujuan untuk mengaibkan mana2 pihak maupun diri penulis itu sendiri, malah ia hanyalah sekadar hiburan semata2. Sebarang bentuk persamaan nama watak,tempat,cerita dan sebagainya hanyalah secara kebetulan. Untuk 'menyedapkan' lagi hasil jalan cerita ini, penulis telah menokok tambah 'scene'2 yang dianggap 'relevan' serta sesuai dengan 'taste' para2 pembaca yang agak 'xtreme' dan berjiwa 'fleksibel'. Diharap para pembaca dapat mencari nilai2 murni yang cuba diserapkan oleh penulis ini.
AMARAN: Cerita ini mengandungi bahasa pasar rakyat Sabah yang agak keterlaluan, diharap para pembaca tidak mengendahkannnya. Harap maklum.

3.32pm.
Fuyoo! Nda(tidak) lama gi ni mo berbuka.
Perut pun tengah main lagu Deicide ni..
Best gila lagu2 Deicide..heh

...tengah fikir...........

Dvd? Ada, tapi semua sudah pernah "tinguk"....
Tidur? Gila eh..nanti tidak sah pula puasa tu nanti..
Jalan? Gila kau... penat tuh.. Kalau aku nda puasa ok juga la :p
Ah.. download lagu kali best ni..........

..downloading.....

3.41pm.
Sial tul la ni talian cam taik ja.. lambat mo mampus.. buat penat ja aku tunggu... cis!
Nda pasal2 pahala puasa aku kurang..kambing tul.
Kalau ikutkan hati, mau aku cabut wayar2 modem ni..bikin panas.. lambat 'level' taik kura2..

3.48pm
....idea mari.......

Bagus aku jalan2 pi pasar ramadhan..untung2 dapat juga cuci2 mata dan minda hehe..
Apa aku mau beli untuk berbuka nanti a...hem..

...mengenakan pakaian warna hitam persis jaguh death metal dari jawa indonesia...

Wais aku la ni pakai baju Slayer. Ni mesti orang yang tengok aku respek gila la..kalau nda pun mesti diorang takut 'tinguk' 'kebrutalan' aku hehe

4.40pm
..selamat sampai ke pasar ramadhan...tengah servay gerai mana yang best..
..Oh ada satu gerai best( ada aweks)...
..tepat pada ramalan awal..orang2 yang membeli belah terpegun dengan baju aku pakai..hehe tetapi ada juga yang melihat dengan perasaan hairan..

..suasana mulai riuh rendah..

Pengunjung:Hoi,balik la woi..

Cis, aku terdengar satu suara sumbang cam kambing..Nasib aku tidak nampak 'sapa' punya suara tue..kalau tidak siap la.....

..berselisih dengan satu orang makcik..

Makcik:Hahaha, kesian pula makcik 'tinguk' ko ni nak..(ketawa sambil menampakkan giginya yang kekuningan)

..aku cuma mampu tersenyum..nasib baikla ko ni makcik..kalau tidak.. siapla ko kena 'plenkik' jurus kelapan aku..ah aku peduli apa sama mereka..yang penting death metal warghh....

..sedang melihat lauk pauk yang hendak dibeli..

4.52pm
Aweks:Ya Bang mau beli apa?

..sambil buat muka 'eksen'(poyo)

Aku:A..bagi aku banglo lapan tingkat hahaha(aku cuba buat lawak)

..aweks tu tersenyum sahaja..

Aku:Hem..berapa seketul ayam masak rendang ni?(nada macho)
Aweks:RM1.50.

.."gila! mahal juga"?. aku cakap dalam hati la..

Aku:Hem..bagi saya 2 ketul aa...bagi yang isi ja..tulang 'bedulang' saya 'nda' mau.(dengan nada unsur riak lagi takbur)
Aweks:Ok bah kalau kau(dengan pelat ala2 pendatang tanpa keijinan hehe)

..Semasa menunggu ayam2 tadi dibungkus..ada seorang aweks(kawannya kali) lagi yang dari tadi sibuk melayan pelanggan lain..terus mengusya sambil senyum2 manja memandang kearah aku..
..aku apa lagi senyum balik dekat aweks tu..sambil kontrol macho gaya hero tamil Rajni Khan(pariappa)...

..awek tu datang mendekati ku..(beraninya awek ni)
Bila dah dekat..Wow!rupanya ada iras2 pelakon hindustan la pula. Tahi lalat 'ngam2' lekat kat tepi bibir(lawa siot)

Aweks2:Lawa baju bang?
Aku:Eh biasa la.Death metal ma..(dengan nada riak skali)

.. aweks tu rasa hairan...

Aku:Eh!kenapa kau 'tinguk' aku begitu?Ni la fesyen death metal, ko apa tau.(dengan nada marah)

..orang ramai sudah mula mengerumuni kami untuk mendengar apakah yang telah berlaku sebenarnya(Bizi body tul la diorang ni..)


Aku:Kau ni sama macam orang lain, selalu ambil peduli orang punya penampilan..baju aku ni bukan ko yang kasi beli(aku tidak bagi can dia cakap..marah btul ni)
Aku:Don't judge the book, just by looking the cover only(aku cuba spiking broken)

..suasana mula sunyi..
..lalu aweks tu mula berkata..

Aweks:Ohhhh(berapa panjang punya oh da).Kalau mau jadi death metal, mesti kena pakai baju terbalik ka...(sambil tersenyum)

APA??

..rupa2nya aku memakai baju terbalik da..ceh buang karan tul... habis macho dan ego aku....selepas ni janji nda mau ego2 lagi huhu...
Akhirnya aku telah berjaya memalukan diri sendiri di khayalak ramai..'sure' akan jadi perbualan lapan keturunan..
..ayam tu aku tidak jadi bungkus..malu punya pasal beb..terus 'chow' dari situ.. :p










No comments: