Wednesday, September 10, 2008

Harapan Ramadhan Aku Tahun 2008

Harapan Ramadhan

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua


Bertarikh 11 ramadhan 1429 atau bersamaan dengan 11 september 2008 pada jam 1.30 minit dan 34 'saken'(second/saat). Aku masih hidup! hidup untuk menatap laptop(ntah apa punya jenis ni) yang bukan kepunyaan ku, agar dapat aku coretkan seribu persoalan dan ketidakpuasan hatiku ini agar aku rasa puas. Aku bersyukur kehadrat ilahi yang masih memberi nafas untuk aku tempuhi didunia yang fana ini. Apabila dihayati lirik diatas, terdapat satu perasaan yang tidak begitu asing hinggap pada diri sanubari setiap umat insan. Begitu juga saya yang tidak terkecuali daripada mengalami perasaan tersebut. Apakah ramadhan ini akan mengubah nasib seseorang itu atau seseorang itu perlu mengubah nasibnya sendiri? Apa yang saya tahu, ramadhan ini mengajar saya untuk lebih berfikiran terbuka dan WARAS. Untuk mencapai apa yang diingini, kita perlulah berkorban untuk mencapai apa yang diinginkan. Tetapi, apakah sebenarnya erti pergorbanan itu? Apakah pengorbanan dalam erti kata lain maut di jalan raya, tertelan kulit durian ataupun mati kekenyangan semasa berbuka puasa? Untuk memahami erti pengorbanan itu, pertama sekali kita kenalah mengenali diri kita sendiri dahulu. Kalau setakat aku berkorban untuk sidia(cinta la ni konon ..jiwang karat tul) baik pi terjun lombong la kalau berani...Nah! Tau takut. Sehingga kini, aku masih mencari arah(pedoman) yang nak dituju. Apa! kau ingat senang ka? Kau ingat sesenang mencari di laman web(yahoo@goolge). Kalau cam tu punya senang, buat apa aku 'memayah nyusahkan'(bersusah payah tahap nak mampus) diri untuk Blog ni. Yang kau ni pun satu..pandai2 pula baca teks ni.. apara..Ops! 'sori' la yer..'termarah' pula aku hehe. Apa yang cuba aku sampaikan disini.. carilah arah jalan yang diredhai oleh Allah Swt, semoga hidup kita akan penuh keberkatan sepanjang ramadhan ini. Insyallah.

No comments: