Tuesday, October 21, 2008

Berlakon rombongan membawa Jenazah

Aku nak cerita, tentang kisah pengalaman kawan aku.Aku ni memang suka ngan cerita2 seram dan misteri cam ni.Cerita ni pun berdasarkan pengalaman yg terjadi kepada kawan aku satu masa dahulu.Ceritanya 'gini' Kawan aku ni dulu sekolah asrama.Tau ja la kan bila hidup kat asrama ni,waktu malam ja mesti boring.Jadi untuk menghilangkan boring,kawan aku ni pakat2 la ngan 5 orang kawannya lagi untuk menakut2kan pelajar baru yg baru masuk asrama.Kawan aku ni memang perangai gila2 la,mengalahkan org gila.
Pada waktu mlm diorang ni buat2(berlakon) la kononnya rombongan membawa
jenazah orang mati.2 orang ditugaskan utk mengangkat jenazah(bantal
peluk) orang mati.Sebagai tok dalang dalam komplot ni,member aku tu la yg akan mengetuai acara mengangkat jenazah,siap pakai serban lagi cam tok imam.Modus operandi mereka adalah dgn berjalan disekeliling padang,dengan harapan ada pelajar baru akan terserempak ngan mereka.Semasa berarak mengelilingi padang dengan membawa jenazah',kawan aku perasan jumlah jemaah yg mengiringi 'jenazah' bertambah ramai.Dan suara orang membaca tahlil mula kedengaran.Tidak lama lepas tu,member aku ni terdengar bunyi benda terjatuh dan org berlari.Pabila di lihat di barisan belakang,terdapat 'pakcik' ngan 'makcik' turut serta mengiringi 'jenazah'.Bila difikirkan balik,bila masa pula ada ibu bapa pelajar masuk kekawasan asrama ni..pd waktu malam pula tu.Jauh di depan bilik asrama,member yg ikut 'berlakon' tadik berteriak "Lari lari" dan melambai2 seperti memanggil balik.Bunyi benda yg jatuh tadi rupa2nya salah sorang kawan yg turut sama berlakon tlh jatuh tersungkur(pengsan la ni).Selepas peristiwa itu, perangai gila2 kawan aku tu tidak pernah berubah..bertambah adalah(tambah gila).

Tips misteri

Aku pernah membaca satu artikel ataupun cerita..aku pun dah lupa artikel/cerita apa tue..tp yg aku ingat kalau korang nak mendengar suara roh mengerang kesakitan...korang boleh cuba kaedah ini..korang ambik beberapa biji limau kapas atau nipis..pastu ko korang cari tempat berlakunya kemalangan(pastikan kemalangan baru terjadi) sehingga mengakibatkan kematian, perah air limau tu kat atas darah yg sudah kering.Korang tunggu beberapa hari...korang akan mendengar bunyi suara sedang dlm kesakitan dikawasan tersebut.

P/s:Penulis tidak akan bertanggungjawab keatas perkara yg dilakukan dan akibat yg berlaku kpd sesiapa.Bertindak atas risiko anda sendiri.

Cerita Hantu Itm Sabah (Spirit of the coin)

Kisah ni terjadi sewaktu aku masih menuntut kat Itm sabah suatu masa dahulu..

Ceritanya begini,pd waktu mlm aku lebih suka lepak kat bilik member Blok B(aku ni budak gym,asrama kita orang kat bawah bukit).Tengah boring2 tu adalah satu member ni bagi idea nak buat spirit2 of the coin.Aku masa tu memang tidak percaya dgn 'spirit mirit' ni.Kita panggil jak member ni Bayau.Menurut Bayau,beliau mmg mahir ttg cara2 memanggil roh.Asal diseru saja..mesti jadi(roh tu datang).Aku dan 2 orang member lagi try la 'pengalaman' baru ni.Sekeping kertas putih yg telah ditulis nombor ngan huruf beserta syiling 50 sen.Menurut Bayau,utk menyeru roh..ia memerlukan kerjasama semua peserta(kami la tu)..dengan menyumbang jari telunjuk masing2 dan diletakkan ke atas duit syiling tersebut.Bayau turut memberi amaran,semasa proses 'penyeruan' berlaku..tidak boleh sesiapapun antara kami mengangkat jari telunjuk masing2 sebelum menghantar balik roh itu pulang(home).Untuk mendapat lebih 'feel' kami menutup suis lampu bilik dan menggunakan sebatang lilin.Bayau pun menyeru semangat duit syiling,dlm beberapa saat shj aku dpt merasakan duit itu bergerak sedikit demi sedikit.Bayau pun bercakap2 ngan semangat duit tu"Adakah kamu ada disni".Tiba2 syiling itu bergerak kearah YES(bermakna roh tu adala).Aku memandang wajah Bayau,ni mesti dia nak mainkan kami ni.Aku 'suspek' Bayau sengaja mengerakkan duit syiling itu bertujuan nak menakut2kan kami.Menurut Bayau,dia tidak mengerakkan sedikit pun duit syiling tersebut.Aku masih berasa sangsi dgn 'lakonan' Bayau ni..tapi kami teruskan juga aktiviti kami pd malam itu.Banyak jgla soalan yg 'merapu' kami tanya sbgi cth: siapa antara kami memakai seluar dalam warna merah,siapa nama moyang kawan aku yg baru meninggal dunia dan byk lagi la..dan yg menghairankan semua jawapan tu betul(kalau aku minta no.loteri mlm tu..korang rasa kena tak?)tp yg aku ingat satu jwpn ni.. dia(roh yg datang)ni sorang lelaki dan mangsa bunuh.Yela tu.. aku ckp dlm hati.bijak gak Bayau ni nak menakut2kan kami.Walaupun aku dpt merasakan Bayau berlakon utk menakut2kan kami..tp ntah mengapa, tidak semena2 bulu roma meremang secara tiba2.Aku cuba berlagak tenang,mana mungkin roh ni betul2 ada..ni mesti Bayau punya kerja.untuk menutup belang penipuan si Bayau aku bagi beberapa soalan lagi.."spirit of the coin ,adakah anda masih lagi berada disini"aku bagi soalan...sedikit demi sedikit ia bergerak kearah YES(bermaksud adala tu).Aku bagi lagi soalan"Spirit2 of the coin,sekarang anda berada dekat siapa?"sedikit demi sedikit duit itu bergerak ke huruf J..nama kami semua bermula dengan huruf L,B,S dan J..manakala J merupakan huruf pertama utk nama aku.Sambil merenung wajah Bayau aku menyumpah2 beliau didlm hati..celaka punya Bayau berani dia cuba menakut2kan aku yg sedia takut ni.Dia ingat dia lagi bijak..aku bagi lagi satu soalan"spirit2 of the coin,jika betul anda berada disini..cuba pergi buka(switch on) lampu.Lepas jak aku bagi soalan tu,tidak ada apa2 pun yg berlaku..aku dan 2 org member ketawa mcm org gila.Sorang member ni ckp,"mcm manalah roh tu cuba pasang lampu a..kan ka dia tu roh mana mungkin dia dapat tekan switch lampu mcm ni"sambil berlakon cuba menekan2 switch lampu.Kami mengatakan Bayau ngan roh yg datang ni penipu."Okla,kalau ya pun kita suruh la dulu ni roh balik"kata Bayau sedikit marah."spirit2 of the coin pulanglah kamu ke tempat asal"kata Bayau.Duit itu tidak bergerak langsung.Dia cuba lagi"spirit oh the coin..balik la ke tempat asal kamu."kata Bayau lagi...masih tidak bergerak.Aku dpt melihat wajah Bayau seperti panik dan takut.Ewah sempat lagi berlakon si Bayau ni.. aku ckp dlm hati.15 minit cam tue..duit tu masih tidak bergerak.Aku dan member lain dah hilang sabar..kami paksa duit tu bergerak kearah Home(bermaksud balik)"Hah!balik pun"kata sorang member ni..kemudian menarik jari masing2.Bayau terkejut dgn cara kami.Kenapa kamu paksa dan tarik jari sebelum dia betul2 pulang"Bayau memarahi kami."Ala aku tau la ko ni cuba menipu kami"salah sorang member aku memperli Bayau..sambil membuka suis lampu."Kan suda aku ckp jgn tarik sebelum roh tu betul2 mau pulang"Bayau masih dengan pendiriannya lagi.kami bertiga ketawa ngan si Bayau..sudah la kantoi..masih lagi cuba2 utk berlakon.Sudah la Bayau jgn cuba berlakon lagi"kata kawan aku yg satu lagi sambil membaling bantal kearah Bayau.Tiba2 'pap'...semua elektrik kawasan asrama terputus.Nah kan ni la ni kamu..tidak mendengar nasihat."Bayau berkata."Ala ini cuma kebetulan jak bah..apa mahu hairan"aku jawab balik.Tiba2 ada bunyi anjing menyalak dan melolong..betul2 diluar tingkap bilik kami.Aku fikir balik..takkanla ini pun secara kebetulan juga.Orang tua2 cakap jika anjing melolong cam tu,maknanya dia ternampak roh.Kami semua apa lagi lari keluarla dari bilik tue.

Keesokan harinya aku membawa Bayau turun ke Gym kat asrama kitaorang..kat gym aku tinggal kat dorm(penghuninya pun ramai).Aku rasa tidak puas hati pada mlm sebelumnya..jadik aku bawa Bayau kat dorm tuk tunjukkan cara2 spirit2 of the coin kat member2 aku yg lain.Malam itu ramai yg ikut serta..tapi yg dpt sentuh duit tu pun 5 orang dan yg lain cuma memerhati shj.Belum diseru..tiba2 pap! elektrik tempat kami terputus...ah mngkn kebetulan juga ni..aku ckp dlm hati.Tengah budak2 lain dah riuh rendah mencari torch light dan lilin..kami mendengar dengan jelas bunyi anjing melolong panjang dekat kawasan gym.Gila betul..Aku dah mengalaminya 2 kali.Sehingga sekarang aku masih memikirkan lagi peristiwa itu..adakah satu kebetulan atau memang betul(ada roh).

Tips misteri

Pernahkah anda terfikir untuk berkomunikasi ngan roh2 orang yg dah
mati.Kalau ya,anda boleh 'mencuba' spirit2 of the coin.Cara bermainnya
senang sahaja,buat huruf a hingga z, nombor 0 hingga 9,yes(ya) No(tidak) dan home(balik)pada sekeping kertas.Guna duit syiling sahaja.(lebih mujarab guna duit
syiling lama(antik).Mahukan suasana lebih 'thrill', buat kat rumah yg
tidak berpenghuni(rumah lama),dalam hutan,kawasan perkuburan ataupun
tempat kes2 orang yg mati terbunuh/kemalangan..sure seramla.

P/s:penulis tidak akan bertanggungjawab atas tindakan yg dilakukan dan akibat yg berlaku kepada sesiapa yg mencuba kaedah ini.Buat atas risiko sendiri.

Kewujudan Balan-Balan (Penanggal)

Salam seram kembali kepada para bloggers...

Cerita aku pada kali ini.. mengenai beberapa perkara yg perlu anda tahu mengenai misteri balan-balan atau penanggal.

1.Ia boleh menyerupai bebola api(aku pernah nampak 50meter dr cermin tingkap rumah aku..waktu tu aku masih budak lagi),ayam,burung dan ntah apa2 lagi.
2.'Faveret' 'beliau' suka 'melawat' rumah ibu mengandung dan orang yg tengah nazak.
3.Apabila ia tengah terbang, ia akan membuat bunyi 'kwak' seakan bunyi burung wak2(bunyi ni pun aku pernah dengar..tapi tidak pasti,bunyi burung atau balan2..sukar utk dibezakan.
4.kadang-kadang anda boleh mendengar bunyi seakan2 ayam berkokok pd pukul 10mlm-12tgh mlm(aku pernah dengar bunyi ni.dekat dgn rumah aku)...Selalunya ayam hanya berkokok pd waktu pagi...ni waktu mlm..ganjil bukan?kalau anda pernah dengar,cuba perhatikan disekeliling rumah dan pokok2 yg berdekatan..manala tau ada.
5.Ia dapat mendengar,barang siapa yg menyebut namanya(p/s:sebut B kuasa 2 jak)
6.Ia akan meninggalkan tubuh badannya pd waktu mlm dan akan kembali sebelum siang.
7.'Penyakit' ini boleh diturunkan kepada anak cucu dan secara 'paksa' melalui salaman atau tepukan dibahu dan byk lagi.
8.Tips utk menghindarnya,guna limau kapas atau nipis,benda2 berduri atau benda tajam dan letak kat tepi tingkap,atap rumah,bawah 'kolong'(bawah rumah) atau mana2 yg difikirkan perlu.(ayam atau angsa turut sesuai diletakkan dibawah rumah)
8.Bukan hantu.

Semua perkara2 yg anda perlu tahu ini, aku dpt dr otai(org tua2) dan rakan2 yg lebih arif tentang balan-balan ni.Betul atau tidak tu..adalah menjadi hak anda untuk mempercayainya.

Thursday, October 9, 2008

Video Lif Berhantu



Is it REAL or Not..

Video Kerusi Berhantu

Video Entiti Indonesia - Lawang Sewu

Pangkor Pulau Berhantu!! Rasuk!!

Pangkor Pulau Berhantu!! Rasuk!!

Semasa aku menghabiskan sisa2 terakhir milo ais,Fendi ngan Budin pun sampai(sila baca Pangkor Pulau Berhantu bulan September).Eh!Aku ingat ko balik sdah.buat pa ko dsini?"Fendi menanya..sambil tangannya mencapai gelas berisi milo ais ditanganku."Aku saja tunggu kamula"kataku.Selesai ja minum,kami bertiga pun balik ke resort.

Seperti biasa,kami terpaksa melalui kawasan tanah perkuburan untuk sampai ke resort..mujur tidak ada apa2 yg berlaku.Nun tidak jauh disana..kelihatan Johan ngan Saipul sedang berbual2 diserambi resort tempat kami tinggal."lambatnya korang"kata Johan selamba."Biar lambat asal jiwa selamat"jawab ku selamba pula.

Semasa kami sedang duduk2 diluar,kami pun menceritakan pengalaman masing2.Untuk dijadikan cerita,tiba2 Fendi mengemukakan satu soalan bonus yg tidak dpt aku lupakan.."Eh!kalau mlm2 cam ni kamu rasa..mana satu menang kalau lawan..hantu cina ka hantu india"soal Fendi sambil tersenyum dgn menunjukkan muka tanpa rasa bersalah.Aku terdiam..dan hampir2 terkentut mendengar kata2 Fendi..sehingga menimbulkan banyak pertanyaan dikepala otakku..adakah Fendi sudah sewel atau gila.kalau dia(Fendi) gila...mana mungkin Fendi boleh lepak bersama kami yg waras
ni.Johan ngan Saipul cuma tersenyum sinis..manakala Budin pula menunjukan rasa kurang selesa..sambil matanya meliar memerhatikan kawasan sekeliling.

"jom kita lepak tepi pantai"kata Johan pula.Ni lagi satu,sudah la kami berada ditempat baru tanpa mengetahui apa2 tentang kawasan resort tersebut,Johan pula mahu pergi ke tepi pantai."Aku rasa esok ja la kita pi pantai..lagipun kan gelap di pantai tu".aku cuba mengelak."Ala jom la..tak best la kalau tidur awal2 time cam ni"kata Johan cuba memujuk kami."Lagipun kan bulan penuh tu"kata Johan sambil menunjukkan jarinya kearah bulan.Memang betul,pada mlm tu..kelihatan bulan mengambang penuh..dan amat sesuai bagi sepasang kekasih utk memadu asmara.Bersambung..

Saturday, October 4, 2008

Foto Hantu Ju on Ikut Bergambar













Cuba perhatikan betul2..adakah 'lembaga' itu hantu ataupun 'sorang' wanita..Beri pandangan anda

p/s:Pandangan aku kabur2...

Nokia 7250 Catch The Ghost

Friday, October 3, 2008

Koleksi Foto dari Cd Entiti Indonesia













Kuntilanak berambut lurus..cam Ju On














Kaki tak pijak tanah...SERAM..














Brader ni terkejut, apabila terlihat kelibat pontianak mengilai..














Peserta ini menangis semasa ternampak bayangan putih muncul secara tiba2 ditepi tandas














Lembaga apakah yg berbentuk seperti bayangan hitam ini...??














Lembaga putih sedang berjalan diatas air.














Kejap ada,kejap tiada..
p/s:kalau korang..kurang pasti dengan Foto tersebut..korang boleh cari kat Youtube..atau mana2 member korang yg ada cd cerita entiti indonesia ni.Jangan pula korang cari kat kedai cuci gambar sudahla..

Foto hantu yg ditampal menggunakan grafik (Photoshop)













Perhatikan gambar diatas dengan teliti. Ia mempunyai warna-warna seperti hijau muda, merah dan cyan. Warna tersebut merupakan warna asas digubah khas untuk memberi kesan 3D .Dan perhatikan pula gambar dibawah,imej hantu perempuan agak sama kan..

Foto Pontianak Tampin Singapore

Hantu ITM Sabah - Nah kan sudah aku cakap ada

Cerita hantu Itm Sabah | cerita hantu Uitm Sabah

Salam misteri kepada anda...
Hari ini aku akan menceritakan satu peristiwa seram yg pernah terjadi kpd senior(pelajar lama) aku..Radhi(bkn nama sebenar).Beliau merupakan sorang pelajar tahun 4 dlm jurusan perakaunan dan berasal dr Sandakan Sabah.Radhi amat suka bersaing,apatah lagi dlm bidang akademik.Selain itu kegemaran beliau adalah kopi...jika tidak ada secawan kopi,otak tidak dpt 'berfungsi' katanya.

Bila hujung minggu,Radhi lebih suka berada di biliknya untuk mengulangkaji pelajaran.."Kau ni Rad,suka sangat belajar sendiri2..ada nanti 'kawan'(hantu) lain dtg belajar sama kau."kata Sepul kpd Radhi."Ok la tu..sambil ulangkaji..aku mintalah sama 'dia' nanti soalan bocor tuk ni semester hehehe"Radhi berseloroh."Ya kau..nanti kalau betul2,baru padan dgn lubang hidung kau".Kata Sepul sambil membaling bantal kearah Radhi."Pul,jgn lupa kasih tapau aku mee goreng satu a..."kata Radhi."Hem yala.."jawab Sepul selamba.Macam tulah kehidupan Radhi seharian.

Sehinggalah pada suatu mlm hujung minggu yg berikutnya,ramai pelajar balik kekampung
masing2..oleh kerana peperiksaan hanya beberapa minggu lagi..Radhi tidak balik ke kampungnya dsandakan."Baru sunyi sikit..kalau ada budak2 ni..mesti kecoh tiap2 hujung minggu"bisik Radhi sendirian.

15minit masa berlalu,Radhi dpt merasakan keganjilan yg berlaku didalam biliknya."Apasal aku rasa lain macam ja malam ni?"bisik Radhi sambil memandang kekiri dan kanan biliknya."Hem..mungkin perasaan aku ja ni"fikir Radhi.Radhi meneruskan ulangkaji sambil menghirup perlahan air kopinya.Sekali sekala Radhi terdengar suara orang bercakap2 ditingkat atas."Eh!ada lagi yg tidak balik rupanya..ngam jugala..ada juga kawan"bisik Radhi.

"Huargh!!"Radhi menguap tanda mengantuk.Alamak ngantuknya..kena buat kopi lagi la ni mcm"kata Radhi sambil mencari kopi didlm almarinya."La habis pula..mcm mana ni?"Radhi mengaru2 dahinya yg tidak gatal.Tidak jauh dari biliknya,Radhi ternampak satu kelibat manusia berjalan masuk ke bilik C207.Macam kenal ja mamat tu"bisik Radhi."Eh..tu kan Sepul..aku ingatkan dia sudah balik kampung tadi"fikir Radhi.Radhi sangat kenal cara Sepul berjalan ..apatah lagi badan Sepul yg tinggi lampai."Ah..ngam la ni..baik aku minta ckit kopi dr dia...lagipun dia jarang minum kopi"kata Radhi sambil berjalan menuju ke bilik Sepul.

Sampai jak di bilik C207,Radhi ternampak Sepul sedang mengulangkaji pelajaran."Eh Pul,aku ingat..ko balik kampung tadi?"Kata Radhi kepada Sepul.Tanpa menoleh kearah Radhi,Sepul menjawab"Aku tidak jadi balik la,aku kena buat satu 'projek' dulu..baru balik..lagipun aku nak temankan ko"jawab Sepul."La,aku kan sudah besar..buat pa la ko susah2 temankan aku"kata Radhi lagi."Yala tu,ko ni sendiri2 kat hostel ni..kau tidak takut ka?"soal Sepul."Buat apa mau takut,kita bukan kacau siapa2 pun"jawab Radhi ringkas."Ala,aku tau.. ko ni berani2 takutkan?"kata Sepul balik."Jangan cakap sembarangan la..ni Radhila..ilmu didada sudah cukup.."jawab Radhi sambil menepuk2 dadanya.Hem..betul juga ko cakap tu"kata Sepul kpd Radhi."Pul..minta aku sikit kopimu..aku tau ko jarang minum kopikan?"kata Radhi."Cuba ko cek dlm tin biskut tu..ada kopi tu dsana"jawab Sepul selamba,tanpa memandang Radhi.

Ktang,kting,ktang..bunyi tin2 dibuka."Mana ada ni Pul"kata Radhi."Adatu dsana..dlm tin tu"sambil menuding jari kearah tin yg dimaksudkannya.Ktang ..kting bunyi tin dibuka lagi."Teda ni pul"kata Radhi dengan nada hampa."Ada bah tu,ko cek betul2 lah"Sepul meninggikan suaranya.Hati Radhi agak terguris dengan nada Sepul..dia mencari lagi tin berisi kopi yg dimaksudkan oleh Sepul itu.

"Ok la Pul,kalau ko tidak ada.. cakapla tidak ada..jangan la kasih main member pula"kata Radhi sedikit kecewa."Ada sana tu..ko cek dlm tin hijau tu bah"Sepul meninggikan suaranya lagi."Sudah aku cek semua,teda"balas Radhi dengan nada tinggi pula."Kalau ada macam mana"kata Sepul spt mencabar Radhi."Tu situ tu apa?"sambil menuding jari kearah tin hijau yg dimaksudkan olehnya."Yang ko ni,main tunjuk2 ja..bukan ko tengok pun."kata Radhi spt menyindir Sepul."Aku cakap tu ada,adalah.."jawab Sepul sambil jari masih lagi menuding kearah tin hijau."Kau ni sengaja buat aku marah,kau tengok ni"kata Radhi sambil mengambil tin hijau lalu dibukanya didepan Radhi.Pap.bunyi tin terbuka."Eh!ada pula kopi dsini,tadi aku cek banyak kali teda pun..hairan2"kata Radhi sendirian."Hihihihi"tiba2 Sepul ketawa mengilai."Nah kan!sudah aku cakap ada..."kata Sepul sambil menampakkan wajah nya yg sebenar.Radhi sangat terkejut apabila melihat wajah Sepul telah berubah menjadi hodoh dlm sekelip mata .

"Mak!pon...."kata Radhi terhenti,sebelum dia jatuh pengsan.

Wednesday, October 1, 2008

Mak orang ni tak tidur lagi!!

Suatu masa dahulu,pd zaman pendudukan tentera Jepun ditanah Melayu..tinggallah sepasang suami isteri bersama dengan sorang anak perempuan mereka Yanti yg baru berumur 5 tahun.Walaupun mereka hidup dlm penuh kemiskinan,namun begitu mereka kelihatan sungguh bahagia sekali.

Tidak jauh dari tempat tinggal mereka,ada sebuah bangunan terbiar yg dahulunya merupakan ibupejabat tentera british ditanah melayu.Walaupun nampak terbiar,Yanti sangat gemar bermain sembunyi2 bersama dengan rakannya yg lain.Kadang2 Yanti akan meminta emaknya untuk turut serta bermain bersama mereka.Mak jom la kita main sembunyi2"kata Yanti kepada emaknya sambil memaut dan bergayut2 dipaha emaknya.Emaknya hanya tersenyum sahaja dgn kerenah anaknya Yanti.Ha dapat!Mak!kita dpt tangkap orang ni..jom lah kejar".kata Yanti kpd emaknya,bila saja dia dapat menangkap salah sorang drp rakannya.Dan emaknya akan terburu2 mengejar budak yg ditangkap oleh anaknya itu.Mcm tu la khidupan mereka seharian..

Namun pd satu hari,tentera Jepun mendapat tahu ada satu kumpulan gerila sedang bersembunyi dibangunan terbiar tempat Yanti dan rakan2nya bermain.Untuk mengelakkan kumpulan gerila drp menggunakan bangunan tersebut sebagai tmpt persembunyian mereka..tentera Jepun telah diarahkan utk membakar seluruh bangunan tersebut.Lebih malang lagi,semasa tentera jepun membakar bangunan tersebut..yanti dan ibunya masih lagi berada didlm bangunan..dan dlm ketakutan.Mereka berdua telah terkorban dlm kebakar yg diakibatkan oleh kecuaian tentera Jepun itu sendiri.

Setelah 56 tahun Malaysia merdeka,bangunan terbiar itu telah berjaya dibaik pulih dan dijadikan sebagai asrama lelaki.Roslan merupakan sorang pelajar baru yg berasal dari Sarawak dan telah ditempatkan kebilik B207.Setibanya dia disana,dia berkenalan dengan 3 org roomatenya iaitu Kudin,Ramly dan juga Hasim.Pd mlm pertamanya Roslan akan memerhatikan gelagat Kudin ,Ramly dan Hasim spt org yg tergesa2 utk mandi serta mencuci pakaian.Bila mereka selesai sahaja mandi,Roslan pun bertanya perihal 'kegesaan' mereka.Kudin merupakan sorang pelajar senior antara mereka bertiga dan dia lebih arif tentang kehidupan hostel tempat mereka tinggal.

Kalau ko nak tau,semua budak2 kat sini akan mandi,cuci pakaian ,kencing ke hapa ke sebelum jam 11mlm."terang Kudin bersungguh2.Eh!kenapa pula tak boleh mandi lepas jam 11mlm?"kata Roslan meminta kepastian."Boleh tu mmg boleh,tapi ko kena beranila"jawab Kudin.Berani??kata Roslan.Yala berani dan kuat semangat"kata Kudin lagi.Pernah dah terjadi,ada sorang senior ni..tak tahan nak pegi ketandas..waktu tu jam tepat2 pd pukul 11mlm.Bila dia nak kluar dr pintu bilik je..dia terdengar bunyi suara budak perempuan"Mak,orang ni tak tidur lagi"sambung Kudin balik."Lepas tu apa jadi"ujar Ramly."Senior tu terus pengsan apabila ternampak wajah wanita yg rentung seperti terbakar."sambung Kudin balik.Jadi kalau tak nak 'terjumpa' dgn wanita dan anaknya itu,kalau ko nak guna tandas tu..cepat2 la sebelum pukul 11mlm"jelas Kudin.Roslan,Ramly dan hasim mengangguk tanda bersetuju.

Pada mlm berikutnya,mereka berempat akan mandi dan cuci pakaian sepuas2nya sebelum pukul 11mlm.Namun begitu,pada mlm itu perut Roslan memulas2 spt ada yg tidak kena.Dia melihat jam ditangan..jam mennunjukkan hampir pukul 11mlm.Ah!tidak boleh jadi ni"kata hati Roslan.Dia pun melihat Ramly dan Hasim yg sedang tidur dgn nyenyaknya.takkan aku nak bangunkan mereka pula"kata Roslan lagi.Baik aku bangunkan Kudin"fikir Roslan.Bila dia nak bangun tuk bangunkan Kudin,dia ternampak satu susuk tubuh sedang berdiri didepan pintu.Hish sapa pula yg tercegat kat pintu tu"kata Roslan.Bila diamati lma2,baru dia sedar susuk tubuh itu kepunyaan sorang perempuan.

Ha hantu perempuan!!"jerit hati Roslan.Dia terus baring semula dan menutup mukanya dengan kain selimut.Dia dpt mendengar dgn jelas spt ada benda yg diseret berjalan ddlm bilik mereka.Makin lama bunyi itu semakin jelas.Roslan cuba tuk membaca semula ayat2 al-quran yg dihafalnya untuk mengembalihkan semangatnya semula.Tetapi semua cubaannya sia2,kerna rupa2nya dia mmg tidak menghafal satu apa pun ayat2 al-quran.30 minit tlh berlalu,dia dpt mrasakan katilnya bergoyang spt ada benda yg sedang naik dia atas katilnya.Dia dpt merasakan kakinya spt dipegang oleh sepasang tangan yg kecil.Bila dia buat tidak tau..kakinya digoncang2kan dan terhulur kluar sdkit dr katil.Hish sapa pula pegang kaki aku ni.Dia pun membuka sedikit kain selimutnya dan ternampak..lembaga sorang budak perempuan memaut dan bergayut2 dikakinya.Dia dpt menghidu dgn jelas bau hangit spt bau rentung.

Mak!sini-sini orang ni tak tidur lagi"kata budak perempuan itu.Dgn sepantas kilat lembaga perempuan telah berada didepannya dan merenung Roslan spt hendak membahamnya.
Keesokan harinya Kudin,Ramly dan Hasim telah menjumpai Roslan yg sedang duduk ditepi katil dengan mulut yg berbuih spt orang yg hilang akal.

Sehingga sekarang roh wanita dan anak perempuannya masih lagi merayau2 dihostel tersebut.Dan jgn terkejut bila tepat jam 11mlm..korang akan mendengar "Mak!Orang ni tak tidur lagi..dia sedang baca cerita ni"........