Tuesday, October 21, 2008

Berlakon rombongan membawa Jenazah

Aku nak cerita, tentang kisah pengalaman kawan aku.Aku ni memang suka ngan cerita2 seram dan misteri cam ni.Cerita ni pun berdasarkan pengalaman yg terjadi kepada kawan aku satu masa dahulu.Ceritanya 'gini' Kawan aku ni dulu sekolah asrama.Tau ja la kan bila hidup kat asrama ni,waktu malam ja mesti boring.Jadi untuk menghilangkan boring,kawan aku ni pakat2 la ngan 5 orang kawannya lagi untuk menakut2kan pelajar baru yg baru masuk asrama.Kawan aku ni memang perangai gila2 la,mengalahkan org gila.
Pada waktu mlm diorang ni buat2(berlakon) la kononnya rombongan membawa
jenazah orang mati.2 orang ditugaskan utk mengangkat jenazah(bantal
peluk) orang mati.Sebagai tok dalang dalam komplot ni,member aku tu la yg akan mengetuai acara mengangkat jenazah,siap pakai serban lagi cam tok imam.Modus operandi mereka adalah dgn berjalan disekeliling padang,dengan harapan ada pelajar baru akan terserempak ngan mereka.Semasa berarak mengelilingi padang dengan membawa jenazah',kawan aku perasan jumlah jemaah yg mengiringi 'jenazah' bertambah ramai.Dan suara orang membaca tahlil mula kedengaran.Tidak lama lepas tu,member aku ni terdengar bunyi benda terjatuh dan org berlari.Pabila di lihat di barisan belakang,terdapat 'pakcik' ngan 'makcik' turut serta mengiringi 'jenazah'.Bila difikirkan balik,bila masa pula ada ibu bapa pelajar masuk kekawasan asrama ni..pd waktu malam pula tu.Jauh di depan bilik asrama,member yg ikut 'berlakon' tadik berteriak "Lari lari" dan melambai2 seperti memanggil balik.Bunyi benda yg jatuh tadi rupa2nya salah sorang kawan yg turut sama berlakon tlh jatuh tersungkur(pengsan la ni).Selepas peristiwa itu, perangai gila2 kawan aku tu tidak pernah berubah..bertambah adalah(tambah gila).

No comments: