Friday, October 3, 2008

Hantu ITM Sabah - Nah kan sudah aku cakap ada

Cerita hantu Itm Sabah | cerita hantu Uitm Sabah

Salam misteri kepada anda...
Hari ini aku akan menceritakan satu peristiwa seram yg pernah terjadi kpd senior(pelajar lama) aku..Radhi(bkn nama sebenar).Beliau merupakan sorang pelajar tahun 4 dlm jurusan perakaunan dan berasal dr Sandakan Sabah.Radhi amat suka bersaing,apatah lagi dlm bidang akademik.Selain itu kegemaran beliau adalah kopi...jika tidak ada secawan kopi,otak tidak dpt 'berfungsi' katanya.

Bila hujung minggu,Radhi lebih suka berada di biliknya untuk mengulangkaji pelajaran.."Kau ni Rad,suka sangat belajar sendiri2..ada nanti 'kawan'(hantu) lain dtg belajar sama kau."kata Sepul kpd Radhi."Ok la tu..sambil ulangkaji..aku mintalah sama 'dia' nanti soalan bocor tuk ni semester hehehe"Radhi berseloroh."Ya kau..nanti kalau betul2,baru padan dgn lubang hidung kau".Kata Sepul sambil membaling bantal kearah Radhi."Pul,jgn lupa kasih tapau aku mee goreng satu a..."kata Radhi."Hem yala.."jawab Sepul selamba.Macam tulah kehidupan Radhi seharian.

Sehinggalah pada suatu mlm hujung minggu yg berikutnya,ramai pelajar balik kekampung
masing2..oleh kerana peperiksaan hanya beberapa minggu lagi..Radhi tidak balik ke kampungnya dsandakan."Baru sunyi sikit..kalau ada budak2 ni..mesti kecoh tiap2 hujung minggu"bisik Radhi sendirian.

15minit masa berlalu,Radhi dpt merasakan keganjilan yg berlaku didalam biliknya."Apasal aku rasa lain macam ja malam ni?"bisik Radhi sambil memandang kekiri dan kanan biliknya."Hem..mungkin perasaan aku ja ni"fikir Radhi.Radhi meneruskan ulangkaji sambil menghirup perlahan air kopinya.Sekali sekala Radhi terdengar suara orang bercakap2 ditingkat atas."Eh!ada lagi yg tidak balik rupanya..ngam jugala..ada juga kawan"bisik Radhi.

"Huargh!!"Radhi menguap tanda mengantuk.Alamak ngantuknya..kena buat kopi lagi la ni mcm"kata Radhi sambil mencari kopi didlm almarinya."La habis pula..mcm mana ni?"Radhi mengaru2 dahinya yg tidak gatal.Tidak jauh dari biliknya,Radhi ternampak satu kelibat manusia berjalan masuk ke bilik C207.Macam kenal ja mamat tu"bisik Radhi."Eh..tu kan Sepul..aku ingatkan dia sudah balik kampung tadi"fikir Radhi.Radhi sangat kenal cara Sepul berjalan ..apatah lagi badan Sepul yg tinggi lampai."Ah..ngam la ni..baik aku minta ckit kopi dr dia...lagipun dia jarang minum kopi"kata Radhi sambil berjalan menuju ke bilik Sepul.

Sampai jak di bilik C207,Radhi ternampak Sepul sedang mengulangkaji pelajaran."Eh Pul,aku ingat..ko balik kampung tadi?"Kata Radhi kepada Sepul.Tanpa menoleh kearah Radhi,Sepul menjawab"Aku tidak jadi balik la,aku kena buat satu 'projek' dulu..baru balik..lagipun aku nak temankan ko"jawab Sepul."La,aku kan sudah besar..buat pa la ko susah2 temankan aku"kata Radhi lagi."Yala tu,ko ni sendiri2 kat hostel ni..kau tidak takut ka?"soal Sepul."Buat apa mau takut,kita bukan kacau siapa2 pun"jawab Radhi ringkas."Ala,aku tau.. ko ni berani2 takutkan?"kata Sepul balik."Jangan cakap sembarangan la..ni Radhila..ilmu didada sudah cukup.."jawab Radhi sambil menepuk2 dadanya.Hem..betul juga ko cakap tu"kata Sepul kpd Radhi."Pul..minta aku sikit kopimu..aku tau ko jarang minum kopikan?"kata Radhi."Cuba ko cek dlm tin biskut tu..ada kopi tu dsana"jawab Sepul selamba,tanpa memandang Radhi.

Ktang,kting,ktang..bunyi tin2 dibuka."Mana ada ni Pul"kata Radhi."Adatu dsana..dlm tin tu"sambil menuding jari kearah tin yg dimaksudkannya.Ktang ..kting bunyi tin dibuka lagi."Teda ni pul"kata Radhi dengan nada hampa."Ada bah tu,ko cek betul2 lah"Sepul meninggikan suaranya.Hati Radhi agak terguris dengan nada Sepul..dia mencari lagi tin berisi kopi yg dimaksudkan oleh Sepul itu.

"Ok la Pul,kalau ko tidak ada.. cakapla tidak ada..jangan la kasih main member pula"kata Radhi sedikit kecewa."Ada sana tu..ko cek dlm tin hijau tu bah"Sepul meninggikan suaranya lagi."Sudah aku cek semua,teda"balas Radhi dengan nada tinggi pula."Kalau ada macam mana"kata Sepul spt mencabar Radhi."Tu situ tu apa?"sambil menuding jari kearah tin hijau yg dimaksudkan olehnya."Yang ko ni,main tunjuk2 ja..bukan ko tengok pun."kata Radhi spt menyindir Sepul."Aku cakap tu ada,adalah.."jawab Sepul sambil jari masih lagi menuding kearah tin hijau."Kau ni sengaja buat aku marah,kau tengok ni"kata Radhi sambil mengambil tin hijau lalu dibukanya didepan Radhi.Pap.bunyi tin terbuka."Eh!ada pula kopi dsini,tadi aku cek banyak kali teda pun..hairan2"kata Radhi sendirian."Hihihihi"tiba2 Sepul ketawa mengilai."Nah kan!sudah aku cakap ada..."kata Sepul sambil menampakkan wajah nya yg sebenar.Radhi sangat terkejut apabila melihat wajah Sepul telah berubah menjadi hodoh dlm sekelip mata .

"Mak!pon...."kata Radhi terhenti,sebelum dia jatuh pengsan.

No comments: