Thursday, October 9, 2008

Pangkor Pulau Berhantu!! Rasuk!!

Pangkor Pulau Berhantu!! Rasuk!!

Semasa aku menghabiskan sisa2 terakhir milo ais,Fendi ngan Budin pun sampai(sila baca Pangkor Pulau Berhantu bulan September).Eh!Aku ingat ko balik sdah.buat pa ko dsini?"Fendi menanya..sambil tangannya mencapai gelas berisi milo ais ditanganku."Aku saja tunggu kamula"kataku.Selesai ja minum,kami bertiga pun balik ke resort.

Seperti biasa,kami terpaksa melalui kawasan tanah perkuburan untuk sampai ke resort..mujur tidak ada apa2 yg berlaku.Nun tidak jauh disana..kelihatan Johan ngan Saipul sedang berbual2 diserambi resort tempat kami tinggal."lambatnya korang"kata Johan selamba."Biar lambat asal jiwa selamat"jawab ku selamba pula.

Semasa kami sedang duduk2 diluar,kami pun menceritakan pengalaman masing2.Untuk dijadikan cerita,tiba2 Fendi mengemukakan satu soalan bonus yg tidak dpt aku lupakan.."Eh!kalau mlm2 cam ni kamu rasa..mana satu menang kalau lawan..hantu cina ka hantu india"soal Fendi sambil tersenyum dgn menunjukkan muka tanpa rasa bersalah.Aku terdiam..dan hampir2 terkentut mendengar kata2 Fendi..sehingga menimbulkan banyak pertanyaan dikepala otakku..adakah Fendi sudah sewel atau gila.kalau dia(Fendi) gila...mana mungkin Fendi boleh lepak bersama kami yg waras
ni.Johan ngan Saipul cuma tersenyum sinis..manakala Budin pula menunjukan rasa kurang selesa..sambil matanya meliar memerhatikan kawasan sekeliling.

"jom kita lepak tepi pantai"kata Johan pula.Ni lagi satu,sudah la kami berada ditempat baru tanpa mengetahui apa2 tentang kawasan resort tersebut,Johan pula mahu pergi ke tepi pantai."Aku rasa esok ja la kita pi pantai..lagipun kan gelap di pantai tu".aku cuba mengelak."Ala jom la..tak best la kalau tidur awal2 time cam ni"kata Johan cuba memujuk kami."Lagipun kan bulan penuh tu"kata Johan sambil menunjukkan jarinya kearah bulan.Memang betul,pada mlm tu..kelihatan bulan mengambang penuh..dan amat sesuai bagi sepasang kekasih utk memadu asmara.Bersambung..

No comments: