Thursday, September 11, 2008

Hantu ITM Sabah Blok GYM

Cerita hantu Itm Sabah | cerita hantu Uitm Sabah

Kisah seram ini benar2 terjadi satu ketika dahulu semasa masih menuntut di ITM(Uitm) Sabah . Cerita ini dibuat bukanlah bertujuan untuk mengaibkan mana2 pihak maupun diri penulis itu sendiri, malah ia hanyalah sekadar hiburan semata2. Sebarang bentuk persamaan nama watak,tempat,cerita dan sebagainya hanyalah secara kebetulan. Untuk 'menyedapkan' lagi hasil jalan cerita ini, penulis telah menokok tambah 'scene'2 yang dianggap 'relevan' serta sesuai dengan 'taste' para2 pembaca yang agak 'xtreme' dan berjiwa 'fleksibel'. Diharap para pembaca dapat mencari nilai2 murni yang cuba diserapkan oleh penulis ini.
AMARAN: Bahasa pasar rakyat Sabah masih digunakan untuk menunjukkan keadaan sebenar dan perbualan antara penulis dengan rakannya. Cerita ini tidak sesuai untuk mereka yang masih dibawah umur, perempuan yang mengandung, penyakit darah tinggi dan sakit jantung. Elakkan juga daripada memandu kereta sambil membaca. Harap maklum.

Lokasi:Perhentian bas, dalam kawasan Uitm.
Tarikh:Lupa.
Masa:8.00 malam
Aktiviti:Menunggu bas/kereta.
Pakaian:T-shirt n jeans koyak.
Mood:OK2 ja.

8.00 malam
Cuaca pada malam itu sangat sejuk, maklumlah hujan baru turun. Dah la sejuk, gelap pula. Aku dan Ridzualan(bukan nama sebenar) sedang menunggu bas atau cuba menumpang kereta untuk ke kelas malam.

..bunyi cengkerik dan katak memecah kesunyian....

Aku:Lan malam ni kita 'studi' apa a? Aku nda bawa apa2 ni.. hehe
Ridzualan:Ala rilek ja ko geng. Sampai sana kita tau la nanti.
Aku:Hui.Bukan main 'stedi' lagi ko ni a Lan.
Biasala bah kan pointer(kira cam pandai ga la) la katakan.
Ridzualan:Nda da la bah. Biasa2 ja bah hehe.(menunjukkan reaksi bersahaja)

8.15mlm ..

bunyi cengkerik masih lagi berkumandang irama dangdut...

Aku:Huii Lan, macam nda da kereta ja ni.
Ridzualan:Ala rilek bah kau, ada juga tu nanti kereta.
Aku:Ya la, tapi kalau kereta yang datang tu kereta Roslan(HEP-Hal ehwal pelajar merangkap disiplin) macam mana?
Ridzualan:Kenapa kau takut ka sama Roslan tu?
Aku:Takut tu tidak la. Tapi kalau dia dapat tangkap kita pakai t-shirt dan jeans koyak ni macam mana?
Ridzualan:Ala apa susah..kalau dia tangkap kita..kita tangkap la dia balik haha(pintarla ni kunun) Aku:Tangkap tangkap juga Lan. Kalau dia tangkap kita bawa ni hah macam?

..sambil menunjukkan dua batang rokok dunhill....

Ridzualan:Tu ko jangan risau. 'Semal' problem ja ni.

..sambil mengambil sebatang rokok dari tangan ku..

Ridzualan:Mula2 kita kasih nyala api..pastu 'isap' la haha..

..dengan 'selambanya' menyalakan api rokok..

Aku:Hahaha memang jahanam la ko ni lan..(ikut sama merokok)

(Amaran:Adalah satu kesalahan merokok dikawasan Uitm. Jangan diikut perbuatan ini)

..sambil menikmati asap racun rokok tersebut, Ridzualan memulakan satu cerita...

Ridzualan:Ko tau kah Jan kawasan ITM ni?

..sambil memandang serius kearah ku..

Aku:Tau juga la, sikit2..knapa?

..sambil duduk mencangkung, sekilas pandang mata tertumpu kearah pokok besar yang berada tidak jauh dari situ..

Ridzualan:Aku dengar pakcik guard yang jaga kawasan kita tu pernah nampak 'benda' tinggi.

..sambil tangannya di naikkan, untuk menunjukkan betapa tingginya benda tersebut..
..aku mengangguk untuk mengiya kan ceritanya.....

Ridzualan:Bukan sekali dia nampak, banyak kali sudah.

..Lan menunjukkan riak wajah yang serius..sehingga menampakkan urat2 didahinya..

Aku:Tapi, kenapa ramai orang nda tau ni cerita..kenapa diorang nda kasih heboh(berapa banyak kenapa da..)
Ridzualan:Bukan tidak mau kasih heboh, takut nanti ramai pelajar yang tidak berani pegi kelas malam. Si Kojak(ketua blok Gym) pun pernah nampak waktu dia turun satu orang dari bukit. Aku:Hui.. beraninya Kojak?
Ridzualan:Bukan berani..Tapi sudah terpaksa..budak2 gym yang lain semua sudah turun, tinggal dia lagi seorang yang belum.. Nah terpaksa la dia balik seorang..hehe

..Aku sejak dari tadi mula meremang bulu roma...dah la sejuk satu badan..dengar lagi pula cerita macam ni..hish

Aku:Diorang nampakla macam mana rupa 'benda' tu??(aku cuba mencari kepastian)

..Lan kembali menghisap rokoknya sambil mengangguk perlahan..

Aku:Hah!Jadi macam la?(perasaan ingin tau membuak2)
Ridzualan:Aku dengar benda tu ada dua lubang hidung haha..(lawak zaman 70an)

..Jahanam..aku dah la seram semacam..dia boleh buat lawak lagi..cis
...berapa minit berlalu..kereta dan bas masih tidak kelihatan.... ..aku perhatikan Lan sejak dari
tadi menundukkan kepala..seperti ada yang tidak kena..

Aku:Hoi Lan..ko tidur ka?hehe(aku 'mengetawakan' dirinya) Ridzualan:Tidakla.(tersenyum kambing sambil mengisap saki baki rokok ditangan)

8.30mlm ..suasana kembali sunyi....

Ridzualan:Jan ko tau ka tempat yang kita duduk(perhentian bas) ni 'keras'?(memulakan ceritanya lagi)

..kurang asam punya Lan..aku sudah lah seram..dia cerita lagi balik cerita tu..

Aku:Ntah!(dengan perasaan bercampur takut2 berani)
Ridzualan:Betul tempat ni keras, ko tidak percayakah?(nadanya berubah sedikit)

...sambil kepala masih lagi tertunduk..Lan berdiri dengan 'slow'.... (suspen siot)
Allamak!..(aku mula panik..)
..dengan membeliakkan(membesar) biji mata dan kaki di hentak2 ke lantai perhentian bas macam orang gila..Lan mula bersuara..

Ridzualan:Ko tinguk ni, 'keras' kan tempat ni..Tempat ni kena buat daripada batu simen tu pasal la keras..kalau kayu ni roboh dah kali hehe(Lan cuba buat lawak sarkis lagi..jahanam tul la..)

..suasana sunyi kembali ceria....tidak lama lepas tue kami ternampak kereta sedang menuju kearah kami....
Alamak! kereta Roslan..Kalau dia terhidu bau asap rokok kami..pasti kena ambil tindakan punyala..
Aku ngan Lan sepantas kilat melompat kearah belakang perhentian bas untuk bersembunyi..
Setelah keadaan kembali selamat..(kereta suda nda da) Aku pu kenluar dari tempat persembunyian..
Eh! Mana Lan...

Aku:Hoi Lan.Bah sudah la tu..Teda sudah kereta si Roslan.keluar la kau.

..tiada sebarang jawapan....

Aku:Hoi jangan la main2 lagi. Ada nanti ko kena kasih 'tapuk'(sembunyi) oleh benda tu hehe(aku cuba2 menakutkannya)

..'still' tiada jawapan..
ah sudah...mana la si Lan ni pegi(waktu ni la aku rasa lain semacam)
...aku terus mencari si Lan dalam keadaan yang gelap...tetapi tidak jumpa.(lalang tinggi sangat siot)
Ah!Sudah...Jangan2 Lan kena 'tapuk' (sembunyi) oleh 'benda' tu(aku agakla)
memang sah bukan Lan yang bersama2 dengan ku sebentar tadi.. (aku masih lagi agak)
Tiba2 aku terdengar bunyi anjing menyalak kearah pokok besar yang nampak menyeramkan itu..
Terkejut dengan 'salakan' itu..tanpa berlengah masa..aku terus berlari balik ke Gym(hostel)..untuk mengelakkan sebarang benda buruk yang tidak diingini berlaku..
Dalam kepala otak aku masih lagi terngiang2 cerita 'benda' tinggi yang diceritakan oleh 'Ridzualan'. Apakah 'benda' tinggi itu menyerupai Ridzualan, ataupun adakah Ridzualan yang menyerupai 'benda' tinggi itu..entahla...

Sehari lepas itu..barula terbongkar segala misteri yang berlaku pada malam itu..
Aku dapat tau..Lan masuk hospital pada hari dia menghilangkan diri..Rupa2nya pada malam itu, sewaktu kami cuba bersembunyi.. Lan terjatuh kedalam longkang dan pengsan disitu juga atas sebab gastrik(ceh!)

2 comments:

doublexschi said...

bkin takut oo.. haishh.. kcian jga para freshie 2012 ni.. aku dgr ada da yg kena 'kacau' skrg .. tp ni kat Cluster A laa .. aduiiiii..

Unknown said...

hehehehe...ridzualan tu sebenarnya memang nama budak gym tu....tpi inda pernah pula aku dengar pasal cerita ni...